sepanjang ketiadaan aku dlm blog ni, mcm2 dugaan, ujian dan halangan yang terpaksa aku tempuh. semuanya datang secar berturut2 dan ada yg sekali gus. aku tak sangka allah s.w.t dah menyuratkan takdir aku yang tersirat ini dlm keadaan aku terjatuh.
aku tak boleh nak menolak sebab aku telah diajar bahawa dugaan dan ujian yang di kirimkan oleh-NYA ada hikmahnya dan allah tahu hambanya mampu menempuhi dan selesaikannya walau apa cara sekali pun.
mata aku dah lali sebab hampir hari2 membengkak kerana air mata. mungkin air mata kesedihan ini adalah luahan dari hati aku yg suka memendam.
dalam sedih aku ada juga orang yg cuba mengembirakan hati aku.tapi kegembiraan tu tak cukup sebab itu adalh penambah keburukan masalah aku yg sedia ada. tapi alhamdulillah aku ada kawan2 yg sentiasa beri kekuatan utk aku berdepan dgn semua ni.
berita yang paling akusedih terima ialah emak aku sakit dan jatuh moto.time tu tak ada apa yg aku dapt gambarkan hanya muka emak yang menahan kesakitan.dan silih berganti mengenangkan kasih sayang dia pada aku.minggu tu juga aku balik rumah emak kat sg besar.then, baru beberapa jam aku sampai, mak bgtau abah tak sihat batuk2 dan muntah2 darah.berderau darah aku.aku terus teringat dia yang hanya diam dari aku balik.patut dia tak banyak tanya aku.sebelum aku balik KL, lepas solat subuh....aku dapat berita yang atok accident teruk.
walaupun sakit aku tak teruk tapi perasaan aku terima berita mcm tu lagi teruk.sedih... tapi aku terus dan sentiasa berrdoa agar insan2 yg aku sayang ini semakin pulih, sembuh dan sihat seprti sediakala kerana aku belum puas membalas jasa dan menjaga mereka. dan aku masih belum berpeluang utk menunujukkan kejayaan aku atas usaha aku sendiri.
tentang aku dan dia....aku masih berharap pada dia.dan sayang dia. dan tak mustahil dan berani aku katakan dia pun menyayangi aku. aku masih dan terus berdoa agar dia sedar segala2nya dan tuhan membukakan kembali pintu hati dia utk jadi seperti dahulu yang pernah aku kenal.dan doa aku...agar masa depan dia lebih cerah dan semakin berjaya dalam aper jua bidang baik yg diceburi.
tapi aku masih mengharap dia faham apa yg mahu dari dia.minta maaf la...sebab perubahan yg pelik dan melampau ini semuanya adalah utk dia dan hubungan ini juga.bukan sengaja dan mudah untuk aku lakukan semua ini.
aku harap semua yg terjadi ini ada hikamah yg baik untuk aku kelak................
No comments:
Post a Comment